fbpx

Kerajaan akan laksana SOP jelas hidup fasa endemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerajaan perlu beri gambaran jelas kepada rakyat mengenai hala tuju dan strategi untuk keluar daripada pandemik. – Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan polisi bersesuaian bagi membolehkan rakyat hidup dalam fasa endemik yang bakal dilalui tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dunia ketika ini telah menuju ke arah hidup bersama pandemik Covid-19 dan menghadapinya sebagai satu realiti endemik.

Ismail Sabri

“Kita kini enggan membenarkan virus itu mendominasi dan mengganggu kehidupan serta masyarakat.

“Untuk itu, kita mesti bersedia untuk menerima bahawa kita tidak boleh lagi kembali ke cara hidup ‘normal’ pada masa lalu.

“Sebaliknya, kita mesti menentukan sendiri apakah keadaan bersesuaian untuk hidup dalam senario endemik,” katanya ketika menyampaikan ucapan pembukaan Khazanah Megatrends Forum (KMF) 2021 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan melaksanakan polisi bersesuaian dengan senario tersebut.

“Rakyat akan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) jelas dan mereka haruslah bertanggungjawab, dan akhirnya boleh meneruskan aktiviti sosial dan ekonomik berlandaskan strategi jelas digariskan kerajaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI