fbpx

JKM siasat pusat intervesi disyaki dera kanak-kanak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina Harun

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandang serius insiden tular melibatkan seorang kanak-kanak Autisme dipercayai didera seorang pengurus sebuah Pusat Intervensi Autisme di Bandar Baru Ampang, Selangor baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, beliau terkilan dan dukacita dengan perbuatan pengendali pusat intervensi berkenaan yang seharusnya lebih peka dan sensitif dengan keperluan Anak-Anak Berkeperluan Khas.

“Saya berkehendakan agar perkara ini disiasat segera dengan teliti, dan hukuman tegas serta setimpal diberikan kepada pesalah agar perkara sebegini tidak berulang lagi selain menjadi peringatan kepada pusat-pusat jagaan dan pusat intervensi kanak-kanak di negara ini.

“Sesungguhnya, KPWKM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang disyaki melakukan kesalahan sehingga menjejaskan kehidupan kanak-kanak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI