fbpx

Harith naik podium di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARITH (kanan) berjaya meraih podium buat kali kedua musim ini selepas meraih tempat ketiga pada aksi Pusingan 6 di Litar Permotoran Terengganu semalam.

IMPIAN Muhamad Harith Farhan Baharin untuk menaiki podium di laman sendiri akhir­nya tercapai apabila pelumba TuneBoss-Pink Racing Team itu menamatkan perlumbaan podium tempat ketiga pada Kejua­raan Petronas Cub Prix Malaysia 2021 semalam.

Pada perlumbaan kategori CP125 Pusingan 6 yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu itu, Harith sedikit ketinggalan kerana permulaan yang agak perlahan.

Bagaimanapun, pelumba berusia 22 tahun dilihat bangkit memintas seorang demi seorang pelumba untuk berada di hadapan, tetapi dia gagal mengekalkan kedudukan selepas enjin jenteranya sedikit panas dan terpaksa akur menamatkan saingan tempat ketiga.

“Hari ini saya telah bagi yang sebaik mungkin untuk menebus kekecewaan semalam (kelmarin) selepas hanya mengakhiri sai­ngan tempat keempat.

“Saya sangat gembira apabila strategi hari ini memang menjadi tetapi sedikit kecewa kerana saya gagal untuk mempertahankan kedudukan tempat pertama.

“Dua pusingan terakhir, kea­daan enjin sangat panas dan saya tidak mampu untuk pergi lebih laju. Saya tidak mahu mengambil risiko dan hanya mengekalkan kedudukan itu.

“Syukur akhirnya saya naik ke podium di laman sendiri dan saya hadiahkan kemenangan ini buat keluarga serta pasukan saya yang bertungkus-lumus sepanjang minggu ini,” kata Harith.

Pada perlumbaan semalam, pelumba Ipone Yamaha YY Pang Racing, Mohd. Adib Rosley muncul juara, manakala pelumba Moto1 Koyoko Honda KC Racing, Mohd. Firdaus Hamdan tempat kedua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI