fbpx

Empat bot nelayan dilupus dengan jentolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN bot nelayan tempatan yang dilupuskan APMM di Limbongan Batu Maung dekat George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Sebanyak empat buah bot nelayan tempatan yang disita Maritim Malaysia (APMM) dilupuskan di tempat tahanan vesel Limbongan Batu Maung, dekat sini hari ini.

Proses pelupusan bot-bot bernilai RM90,000 yang telah dilucut hak berkenaan dibuat melalui kaedah pemusnahan menggunakan jentolak.

Pengarah APMM negeri, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, proses pelupusan barang kes yang telah selesai dan mendapat perintah mahkamah untuk dimusnahkan itu dibuat secara musnah tanam.

Beliau berkata, tiga bot berkenaan didapati melakukan kesalahan menggunakan pukat rawa sorong yang merupakan peralatan yang dilarang di antara Januari 2020 hingga Januari tahun ini serta bot nelayan tempatan kelas A yang telah tamat tempoh lesen.

“Enjin keempat-empat bot berkenan telah dilelong pada bulan lalu dan menyumbangkan hasil kepada kerajaan sebanyak RM8,500.

“Kita perlu musnahkan badan bot itu dengan jengkaut kerana ia tidak boleh dijadikan sebagai tukun tiruan seperti mana bot-bot besar,” katanya kepada pemberita ketika proses pelupusan berkenaan.

Beliau berkata, kesemua bot berkenaan adalah membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985.

Sementara itu, Abd. Razak berkata, sebanyak tujuh buah bot pelbagai jenis sedang menunggu perintah mahkamah untuk dilucut hak termasuk barang eksibit lain iaitu dadah dan bubu naga bernilai RM116.3 juta.

Menurutnya lagi, orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau kecemasan boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau MERS 999 bagi tindakan segera. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI