fbpx

Ebit Lew muncul selepas lama menyepi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew kembali di media sosial selepas menyepi seketika.

PETALING JAYA – Selepas beberapa hari menyepi, pendakwah bebas, Ebit Lew akhirnya membuat kemunculan di laman Facebooknya hari ini dengan memuat naik sekeping gambar bersama kapsyen ‘Segala Puji bagi Allah’.

Kemunculan Ebit itu dibuat selepas kali terakhir beliau mengemaskini hantaran di platform media sosialnya pada 22 September lalu.

Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial melahirkan rasa teruja serta mendoakan agar urusan pendakwah bebas itu dipermudahkan.

Malah, netizen juga menyifatkan tindakan Ebit mendiamkan diri merupakan satu langkah yang bagus bagi mengelak kontroversi yang melibatkan dirinya semakin menjadi-jadi.

“Diam itu lebih baik, orang yang hebat akan diuji ustaz. Semoga Allah tunjukkan kebenaran, itu yang selalu sis buat .. InsyaALLAH,” kata Lyza.

“Ustaz jaga diri ya, jangan sedih, banyak lagi insan yang memerlukan pertolongan ustaz. Semoga tuhan melindungi ustaz sekeluarga,” kata Jada Muni.

“Semoga ustaz terus istiqamah dalam pembangunan dakwah, kebajikan dan syiar islam.. Abaikan segala fitnah jahat.. semoga Allah SWT permudahkan urusan ustaz. Barakallah..,” kata Syuhaidie.

Pada 19 Ogos lalu, Ebit dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.

Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.

Khamis lalu, Ebit dan isterinya sekali lagi dipanggil polis untuk membantu siasatan membabitkan kes sama.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI