fbpx

CPF Melaka rampas Ivermectin haram bernilai lebih RM8,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ivermectin dipercayai menjejaskan jumlah dan kualiti sperma lelaki. - Google GAMBAR HIASAN

MELAKA – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) menyerbu tujuh premis termasuk klinik dan merampas produk Ivermectin tidak berdaftar berjumlah lebih RM8,000, sehingga bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, hasil pemantauan dan risikan,(CPF) negeri telah melakukan serbuan di klinik, farmasi serta perniagaan dalam talian yang dikesan menjual produk terbabit.

Katanya, setakat 10 September lalu, nilai keseluruhan rampasan produk Ivermectin yang direkodkan mencecah RM8,240.

“Sehingga kini tiada produk Ivermectin yang diluluskan pendaftarannya untuk kegunaan manusia atau untuk rawatan dan pencegahan Covid-19.

“Sehubungan itu JKN melalui pasukan CPF telah melakukan serbuan melibatkan tujuh premis yang dikenal pasti menjual produk ini dan sehingga 10 September lalu nilai rampasan dibuat mencecah RM8,240,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI