fbpx

Briged Tenggara PGA rampas rokok seludup RM1.22 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hassan Basri memeriksa sebahagian kotak mengandungi rokok dipercayai seludup yang dirampas pada sidang akhbar di Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya mematahkan dua cubaan menyeludup 1.3 juta batang rokok bernilai keseluruhan kira-kira RM1.22 juta dalam dua operasi berasingan pada kelmarin dan semalam.

Op. Kontraban tersebut berjaya menemui 130 kotak rokok tersebut di dalam dua lori pada dua serbuan berasingan di Mabuk Urai, Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu dan Sungai Tong, Setiu pada kelmarin.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Hasan Basri Ahmad Safar berkata, serbuan pertama berjaya menemui 400,000 batang rokok putih pada pukul 5.20 petang, 2 Oktober lalu.

“Rokok tersebut ditemui sewaktu memeriksa sebuah lori yang diletakkan di sebuah stesen minyak di Manek Urai .

“Kita juga berjaya menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau iaitu penyalahgunaan dadah dan kecurian motosikal dipercayai pemandu lori berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI