PETALING JAYA – Sebanyak 87.6 peratus atau 20,513,168 individu dewasa negara ini telah lengkap menerima dua dos vaksin setakat semalam.
Berdasarkan data yang dikongsikan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), sebanyak 94.3 peratus atau lebih 22,081,548 juta individu dewasa pula sudah menerima suntikan pertama.
Setakat semalam juga, sejumlah 206,574 dos suntikan harian telah diberikan di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, Johor mencatatkan pemberian dos kedua tertinggi dengan 20,728 diikuti Perak (14,038), Sabah (13,325), Sarawak (12,374) Pahang (12,003), Kedah (8,796) dan Pulau Pinang (7,978).- K! ONLINE.