fbpx

473 Tabika Kemas di seluruh negara berada dalam keadaan uzur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maisarah Adriana (kiri) , Maisarah Athirah (tengah) dan Maisarah Adlina ceria memulakan persekolahan di Tadika Kemas Kampung Kepah di Hulu Terengganu hari ini. GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Sebanyak 473 buah Taman Bimbingam Kanak-Kanak (Tabika) milik Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara berada dalam keadaan tidak memuaskan dan uzur.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, jumlah tersebut merangkumi Tabika yang terletak di premis sewa, premis milik kerajaan dan di bawah kelolaan agensi lain.

“Kementerian pada setiap tahun akan menerima peruntukan untuk baik pulih Tabika ini mengikut keperluan semasa dan setakat ini jumlah yang kita terima sebanyak RM9.5 juta untuk baik pulih.

“Sementara itu, pada tahun ini kita juga mendapat peruntukan RM28.5 juta untuk membina Tabika baharu menggantikan yang sudah uzur,” katanya pada Sidang Parlimen di sini hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI