fbpx

143,000 murid hadir hari pertama ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RADZI Jidin, beramah mesra dengan pelajar Tingkatan 5 pada hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Kurshah, Kuala Pilah, hari ini. GAMBAR : MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.

KUALA PILAH – Seramai 143,000 murid hadir hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka di seluruh negara membabitkan sekolah dalam Kumpulan A bermula semalam serta sekolah dalam Kumpulan B bermula hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata, secara umumnya kesemua sekolah telah dibuka di hampir semua negeri kecuali di negeri Kedah dan juga Johor yang akan di buka 10 Oktober ini.

Menurutnya, negeri dalam Kumpulan A iaitu Kelantan, Terengganu dan Pulau Langkawi di Kedah, manakala, sekolah dalam Kumpulan B membabitkan Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“Bagi kehadiran di negeri Kumpulan B hari ini, seramai 94,000 pelajar telah hadir dan lebih ramai murid yang masuk ke sekolah bagi negeri di Fasa 4.

“Seluruh ekosistem pendidikan telah mula kembali bergerak. Dari sudut prosedur operasi standard (SOP) seperti pengudaraan akan ditambah baik dan penggiliran itu telah dilaksanakan dengan baik,” katanya sempena Lawatan Kerjanya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Kurshiah, di sini, hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI