fbpx

Tidak mahu Malaysia jadi pusat longgokan sisa pepejal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim melihat pelan pasar raya Ummah di Tok Saboh, Dungun hari ini.

DUNGUN – Kerajaan memandang serius dan sentiasa memantau pembuangan sisa pepejal ke negara ini bagi mengelak Malaysia menjadi pusat longgokan sisa pepejal negara luar.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemantauan sentiasa dilakukan kementeriannya bersama pihak swasta di lokasi berisiko terutamanya di kawasan pelabuhan.

“Kita akan pantau setiap sisa yang dibawa masuk ke dalam negara untuk pastikan hanya yang dibenarkan kerajaan sahaja (dibawa masuk).

“Yang tak dibenarkan (sisa pepejal) kita akan hantar balik dan kita sudah hantar beratus-ratus kontena balik ke negara asal kerana melanggar undang-undang negara. Kita tidak mahu Malaysia menjadi tempat pembuangan sampah dunia dan kita tegas dengan perkara tersebut,” katanya kepada pada sidang akhbar selepas melancarkan Dana Fasa 2 Pasar raya Ummah di sini hari ini.

Tegas Tuan Ibrahim, dakwaan sesetengah pihak yang menganggap Malaysia merupakan negara pembuangan sisa pepejal adalah tidak benar.

“Kita ada peraturan dan hanya kod-kod plastik tertentu yang dibenarkan masuk. Kita tak benarkan sampah-sampah yang kotor dibawa masuk, termasuklah ‘e-waste’ iaitu pembuangan sisa elektronik.

“Setakat ini, kerajaan buat keputusan kita tidak akan benarkan import e-waste dari luar negara. Kita galakkan pada setiap hujung minggu supaya pengumpulan e-waste ini seperti telefon bimbit lama atau televisyen, dikumpul dan diproses oleh mereka yang mempunyai lesen daripada Jabatan Alam Sekitar,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI