PUTRAJAYA – Pulau Pinang merekodkan angka tertinggi kematian Covid-19 dengan 18 kes daripada 109 kes yang dilaporkan.
Menurut data pada laman web CovidNow, daripada jumlah 109 kes tersebut, terdapat 75 kes kematian sebenar bagi tempoh purata tujuh hari menakala.
“Ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 di Malaysia mencecah 26,565 kes. Selain itu, terdapat 33 kes kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID) dilaporkan dengan jumlah BID di seluruh negara sebanyak 5,340 kes,” menurut laman web tersebut di sini hari ini.
Negeri-negeri yang mencatatkan kematian ialah Sabah (13), Selangor (13), Johor (11), Perak (10), Sarawak (9), Terengganu (9), Kedah (8), Kelantan (5), Pahang (4), Kuala Lumpur (4), Perlis (3), Melaka (1) dan Negeri Sembilan (1) serta tiada kematian di Labuan dan Putrajaya.
Terdapat 155,823 kes aktif dilaporkan melibatkan 128,350 kes dikuarantin di rumah, 18,088 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 8,495 kes di hospital, 405 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 485 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K!ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929