REMBAU – Kelicikan seorang penganggur melakukan samun ke atas pemandu teksi dan e-hailing sejak sebulan lalu terbongkar apabila dia diberkas bersama beberapa barang bukti dalam kejadian di Jalan PPM 4, Plaza Pandan Malim, Melaka semalam.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Hazri Mohamad berkata, suspek berusia 39 tahun tersebut diberkas pada pukul 11.15 pagi dalam satu operasi membabitkan polis Negeri Sembilan dan Melaka.
Katanya, selain suspek, polis turut merampas satu beg, seluar jean (3), baju berkolar (3), surat pajak gadai (1) dan telefon bimbit.
“Tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau untuk siasatan lanjut dan permohonan reman akan dipohon di Mahkamah Seremban hari ini.
“Kita percaya dengan tertangkapnya suspek, polis dapat menyelesaikan empat kes samun terhadap pemandu teksi dan e-hailing yang berlaku di Rembau, Negeri Sembilan pada September dan juga dua kes di Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hazri berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan Seksyen 392 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929