fbpx

Pemergian Zolkples satu kehilangan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZOLKPLES menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

BEKAS Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, 62, meninggal dunia di kediamannya pagi ini dipercayai akibat mengalami sakit jantung.

Berita mengenai pemergian Allahyarham itu dikongsi oleh beberapa pihak di laman sosial sebentar tadi, sekali gus satu kehilangan besar buat arena sukan tanah air.

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham yang banyak berjasa dalam pembangunan sukan berbasikal.

Sebagai rekod, Zolkples pernah mengemudi MSN selama tujuh tahun bermula 2007 sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) pada 2017.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI