fbpx

Nora Danish menangis anak masuk sekolah berasrama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NORA DANISH bersama anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

PETALING JAYA – Pelakon Nora Danish gagal mengawal emosinya ketika menghantar anak sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, ke sebuah sekolah swasta berasrama penuh sebentar tadi.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 39, memberitahu Rayqal akan menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

Nora juga dilihat sebak dan menangis sambil memeluk erat anaknya ketika berada di asrama.

“Sedih hari ini, baru sekolah dekat tidak jauh dari rumah , macam mana hendak hantar anak jauh-jauh pergi London, saya memang tidak boleh,” kata Nora dalam sebuah video dalam InstaStory.

Pelakon yang popular dengan drama Puteri itu turut meluahkan kerinduannya terhadap Rayqal menerusi hantaran Instagram.

“Kamu adalah kekuatan dan sebab mommy menjadi diri mommy pada hari ini. Sebab kamu sayang. Mommy sayangkan kamu.

“Mommy akan sangat merindui kamu. Mommy tidak tahu bagaimana mahu melaluinya, tetapi Mommy harus menjadi kuat sayang. Untuk kamu!

“Tolong hubungi mommy jika kamu ada masa,” tulis Nora.

Menerusi hantaran berbeza, kelihatan Nora bersama suaminya Nedim dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau Jejai sama-sama menghantar Rayqal ke sekolah tersebut.

Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai. Mereka bagaimanapun bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Nora kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Nedim Nazri pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI