fbpx

Netizen tanya ustaz hukum mendoakan Naruto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar soalan yang diajukan netizen kepada seorang ustaz berkenaan anime Naruto. - Instagram

JAKARTA – Reaksi seorang ustaz muda yang menjawab pertanyaan netizen tentang hukum berdoa supaya watak anime popular, Naruto diberi perlindungan menjadi tular di media sosial, lapor laman Suara.com semalam.

Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun Instagram ustaz @adninroslan itu, ustaz berkenaan kelihatan keliru kerana perlu menjawab pertanyaan adakah seseorang itu dibenarkan untuk memohon supaya Allah melindungi Naruto daripada sebarang bahaya.

“Ustaz bolehkah sekiranya kita berdoa supaya Allah melindungi Naruto?” demikian soalan yang diajukan netizen itu.

Membaca soalan tersebut, ustaz tersebut kemudian mengatakan adalah lebih baik untuk mendoakan perkara-perkara yang lebih penting seperti kesejahteraan saudara Islam di Palestin dan juga kawasan-kawasan lain yang dilanda konflik.

“Banyak lagi perkara lain yang boleh didoakan contohnya untuk saudara kita di Palestin, Uyghur dan Rohingya.

“Ini apa? Aduh, mungkin banyak sangat tonton anime,” kata ustaz tersebut.

Netizen yang menonton video itu kemudiannya berkongsi pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Aduh sakit perut saya ketawa,” tulis seorang netizen.

“Jika begitu boleh juga doakan untuk Upin dan Ipin supaya mereka mempunyai rambut,” tulis seorang lagi netizen lain. -AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI