fbpx

Menteri pesan belajar bersungguh-sungguh, patuh SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (kanan) beramah mesra dengan Muhammad Adib Baihaqi pada hari pertama pembelajaran secara bersemuka di SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Pelajar tingkatan lima di seluruh Terengganu teruja kembali ke sekolah untuk pengajaran secara bersemuka hari ini setelah lebih empat bulan berada di rumah.

Seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaman, Muhammad Adib Baihaqi Khairu Riduan, 17, berkata, dia lebih bersemangat apabila hari pertama mereka kembali ke sekolah disambut oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin.

“Beliau (Radzi) memberi kata-kata semangat kepada kami membuatkan saya yakin untuk menjalani pembelajaran di kelas bersama rakan-rakan walaupun belum lengkap vaksinasi.

“Pertemuan itu walaupun singkat tetapi cukup bermakna buat kami calon Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya ketika ditemui di SMK Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Terdahulu Radzi yang tiba pukul 7.15 pagi sempat meluangkan masa kira-kira 45 minit di sekolah berkenaan untuk meninjau hari pertama sesi persekolahan.

Muhammad Adib Baihaqi berkata, Radzi turut berpesan agar dia dan rakan-rakan belajar bersungguh-sungguh dan kekal menjaga prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Seorang lagi pelajar, Eiriiessha Faizal Rizal, 17, mengakui teruja untuk ke sekolah setelah menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak bulan Mei lalu.

“Saya tidak dapat memberi fokus ketika PdPR dan sangat gembira apabila menerima vaksin Covid-19 baru-baru ini serta tidak sabar untuk suntikan kedua pada 12 Oktober ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI