fbpx

Marquez kecewa dikait kematian Berta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ nyata kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan Fabrizio yang mengaitkannya sebagai punca kematian Berta. – AFP

LONDON – Pelumba Honda, Marc Marquez mengakui bingung selepas namanya dikaitkan menjadi penyebab kematian pelumba World Supersports 300, Dean Berta ketika ber­saing di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) minggu lalu.

Pelumba Supersport, Michel Fabrizio mendakwa kematian Berta disebabkan pelumba ber­usia 15 tahun itu terikut dengan gaya tunggangan agresif Marquez yang mencapai hasil menakjubkan di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).

Akibat kemalangan tragis tersebut, Maverick Vinales yang juga sepupu kepada Berta membuat keputusan menarik diri dalam perlumbaan GP Amerika Syarikat (AS) awal pagi esok sebagai tanda penghormatan.

“Pertama sekali, saya memberi penghormatan kepada keluarga Vinales dan saya juga mengenali mereka. Sukar untuk menerimanya apabila terjadi insiden seperti ini.

“Ini adalah musim yang sukar dan menyedihkan bagi dunia perlumbaan motosikal. Ketika saya melihat kenyataan tersebut, saya benar-benar tidak faham kenapa ada seorang pelumba mengeluarkan kenyataan seperti ini.

“Saya tidak mahu membuang masa mengulas kenyataan tersebut. Sudah tentu setiap pelumba akan berdepan risiko tetapi perkara terbaik adalah menganalisis untuk meningkatkan tahap keselamatan dalam perlumbaan motosikal,” kata Marquez.

Dalam pada itu, pelumba Ducati, Francesco Bagnaia juga dilihat tidak bersetuju dengan kenyataan yang dilemparkan pelumba Supersport tersebut.

“Saya rasa ketika ini dia (Fabrizio) tidak mempunyai rasa hormat untuk berkata sedemikian. Bagi saya cukup untuk berdiam diri dan memberi penghormatan kepada keluarga Vinales,” katanya.

Tragedi yang meragut nyawa Berta adalah insiden kematian ketiga selepas kemalangan membabitkan Jason Dupasquier (Moto3) di Mugello serta Hugo Milan pada perlumbaan European Talent Cup di Aragon. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI