fbpx

Makan tauhu seketul pun takut gemuk – Atikah Suhaime

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATIKAH meluahkan kerisauan terhadap beratnya kini yang sukar turun.

PETALING JAYA – Pelakon Atikah Suhaime dan dilema masalah berat badan nampaknya tidak dapat dipisahkan.

Terbaharu, pelakon drama Dendam Cinta Arissa menerusi satu hantaran dalam InstaStory miliknya baru-baru ini telah merancang pelan diet untuk dirinya dengan cara tersendiri.

“Jadi sekarang saya merancang untuk ‘crush diet’ (diet melampau) untuk tiga hari dan kembali pada diet sihat (pada hari keempat).

“Kemudian buat balik ‘crush diet’,” katanya.

Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd. Suhaime berkata, pada usia 30 tahun kini, makan seketul tauhu pun sudah merisikokan boleh peningkatan berat badan kepada dirinya.

“Kadangkala saya mendapati walaupun cuma memakan seketul tauhu pun boleh menyebabkan saya menjadi gemuk dengan mudah bila sudah berusia 30 tahun,” jelasnya.

Menerusi hantaran berbeza, pelakon yang kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama kekasih hati, Datuk Lokman Teh masih berpegang pada prinsip ‘sayangi tubuh badan sendiri’ walaupun segemuk mana pun diri seseorang.

Namun, Atikah tidak dapat menolak hakikat untuk terlihat cantik ketika bergaya kerana perkara itu boleh membuatkan dia berasa yakin dan gembira.

“Saya mahu kelihatan menarik dan cantik ketika bergaya. Anda mungkin boleh untuk tidak bersetuju. Tetapi saya rasa itu adalah satu-satunya cara untuk saya rasa gembiran dan yakin apabila saya kelihatan menarik,” jelasnya.

Tahun lalu, Atikah pernah mendedahkan bahawa dia terpaksa menolak banyak tawaran lakonan kerana mengalami pertambahan berat badan sejak Covid-19 melanda sehingga dia merasakan dirinya kelihatan seperti seekor ikan paus.

Sekadar info, ‘crush diet’ merupakan satu kaedah diet yang dilakukan secara mendadak dengan pengambilan kalori harian yang rendah iaitu pada kadar kurang daripada 1,000 kalori atau kurang 50 peratus daripada keperluan harian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI