SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan telah mengeluarkan 21,962 saman dari 1 Januari hingga 31 Ogos tahun ini.
Menurut Pengarahnya, Azrin Borhan, dalam tempoh yang sama pihaknya telah melakukan 55,083 pemeriksaan kenderaan.
Katanya, hasil daripada pemeriksaan itu sebanyak 15,224 tindakan telah dibuat.
“Daripada keseluruhan kenderaan yang diambil tindakan sebanyak 75 peratus adalah penguatkuasaan keatas lori iaitu 9,317 hasil pemeriksaan ke atas 28,839 buah lori,” katanya semasa sidang akhbar Operasi Bersepadu di Senawang, malam tadi. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929