fbpx

Kenapa Syafi Tee makin kurus?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENAMPILAN Syafi yang dilihat mengalami penurunan berat badan.

DIVA perasan sejak akhir-akhir ini, pelakon muda meningkat naik Syafi Tee kelihatan lebih kurus berbanding awal kemunculannya dahulu.

Bukan apa, Diva pernah tengok lakonan Syafi sebelum ini menerusi drama Pink Smile. Dalam drama tersebut, bentuk tubuh pelakon berwajah ‘oriental’ itu kelihatan lebih sado dan sedikit berisi.

Tapi sekarang makin lama makin kurus. Syafi sakit ke? Atau memang sedang diet untuk memegang watak tertentu dalam lakonan?

Risau juga sebab Syafi kelihatan kurus sangat. Bukan Diva seorang sahaja yang perasan, bahkan peminatnya dalam Instagram juga turut menegur benda yang sama.

Kalau penat bekerja sekali pun, jangan abaikan makan minum ya Syafi. Kesihatan kena jaga. Kalau nak kuruskan badan pun biarlah berpada-pada.

Masalahnya, orang lain sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) badan bukan main kembung. Tapi Syafi makin mengecut pula.

DIVA: Seronok tengok beberapa artis seperti Ruhainies dan Wany Hasrita berjalan sakan di Pulau Langkawi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI