fbpx

Kejang kaki semasa turun Bukit Intan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu kakitangan Jabatan Perangkaan Sungkai yang mengalami kekejangan kami semasa menuruni Bukit Intan di Felda Trolak.

SLIM RIVER – Aktiviti riadah sekumpulan kakitangan Jabatan Perangkaan Sungkai di Bukit Intan dekat Felda Trolak di sini bertukar cemas apabila dua ahlinya mengalami kekejangan sehingga terpaksa menghubungi bomba.

Mangsa masing-masing kakitangan lelaki dan wanita mengalami kekejangan pada bahagian kaki semasa menuruni Bukit Intan.

Keadaan ini menyebabkan mereka sukar untuk sampai ke kaki bukit yang jaraknya kira-kira dua kilometer melalui jalan kebun kelapa sawit.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.21 tengah hari.

“Kami dimaklumkan terdapat 12 kakitangan Jabatan Perangkaan Sungkai melakukan aktiviti mendaki Bukit Intan setinggi 250 meter di mana dua daripadanya mengalami kekejangan kaki ketika turun.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River kemudian bergegas ke lokasi kejadian,” kata jurucakap itu

Kata jurucakap itu lagi, Setiba di sana, anggota bomba menemui kedua-dua kakitangan tersebut, anggota pasukan itu kemudian membawa keluar kedua-dua mangsa menuruni bukit itu menaiki kenderaan pacuan empat roda bomba.

“Mereka kemudian diberi rawatan awal sebaik tiba di kaki bukit. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak perubatan Jabatan Kesihatan Daerah untuk tindakan lanjut. Operasi diketuai PB Rahman Razali tamat pada pukul 3.07 petang,” ujarnya. -K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI