fbpx

Jangan bimbang bekas suami tuntut harta sepencarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Ramli menjawab soalan yang ditanya salah seorang pengikutnya di TikTok.

PETALING JAYA – Golongan wanita tidak perlu berasa bimbang jika bekas suami memfailkan tuntutan harta sepencarian di mahkamah terhadap harta yang dibeli sepenuhnya oleh mereka.

Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli berkata, bekas suami memang layak memfailkan tuntutan itu di mahkamah daripada sudut undang-undang.

“Kita nak menghalang seseorang memfailkan kes di mahkamah tidak boleh selagi dia layak daripada sudut undang-undang iaitu dia adalah bekas suami.

“Jangan risau. Mahu tuntut dipersilakan, tetapi anda (bekas isteri) tenang sahaja sebab lelaki memang payah dapat harta sepencarian kalau dia tiada sumbangan langsung,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan netizen tentang lelaki mahu membuat tuntutan harta sepencarian di mahkamah sedangkan rumah itu milik bekas isterinya yang dibayar sepenuhnya oleh bekas isterinya.

Terdahulu, Fahmi menerangkan, bekas suami perlu membuktikan kepada mahkamah yang dia ada mengeluarkan wang ringgit untuk pembelian harta tersebut.

Jelas beliau, jika tiada sebarang wang ringgit atau tidak ada segala usaha yang dilakukan untuk membantu pembelian harta itu, maka ia tidak boleh dianggap sebagai harta pencarian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI