fbpx

Isteri tinggal bersama mayat suami reput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa yang sudah meninggal dunia lebih tiga hari ditemui di dalam bilik air rumahnya di Taman Ria, Sungai Petani kelmarin.

SUNGAI PETANI – Seorang isteri berusia 80 tahun yang sakit terlantar tidak menyedari suaminya telah meninggal dunia dipercayai lebih tiga hari sebelum mayatnya ditemui sudah mereput dalam bilik air sebuah rumah di Lorong 63, Taman Ria, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari, kawasan perumahan itu gempar dengan pene­muan mayat mangsa berusia 79 tahun itu.

Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, selain kurang bergaul, si mati lebih ba­nyak menghabiskan masa di rumah menjaga pasangannya yang telah tua, uzur dan nyanyuk.

“Selain mengurus isterinya yang berusia 80 tahun itu dia juga yang melakukan kerja rumah kerana mereka hanya tinggal berdua.

“Apa yang menyedihkan, ketika ditemui pada pukul 1.45 tengah hari, isterinya yang telah uzur dan nyanyuk terbaring atas tilam di ruang tamu rumah mereka yang dikunci dari dalam serta tidak mengetahui suaminya te­lah meninggal dunia.

“Difahamkan mereka mempunyai beberapa orang anak tetapi yang selalu bergilir-gilir datang menghantar bekalan makanan ialah seorang lelaki dan perem­puan,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, sepanjang pe­ngetahuannya si mati tidak mempunyai sebarang penyakit dan merupakan suami yang bertanggungjawab kerana sanggup menjaga kebajikan isterinya berseorangan.

Kematian lelaki itu hanya di­sedari selepas jiran terhidu bau busuk sebelum bertindak menghubungi anak pasangan itu yang tinggal berasingan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, pihak bomba terpaksa memecah pintu bilik air yang berkunci dan mendapati mangsa telah meninggal dunia.

“Berdasarkan keadaan mayat kita percaya mangsa telah me­ninggal dunia lebih 24 jam.

“Siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan mayat dihantar untuk ujian saringan Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini sebelum bedah siasat dijalankan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI