fbpx

City tidak gentar turun hadapi suasana di Anfield

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY berjaya menewaskan Chelsea sebelum tewas kepada PSG sebelum ini, namun aksi yang dipamerkan berjaya membuatkan Guardiola berpuas hati. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menolak dakwaan bahawa para pemainnya berdepan masalah keyakinan apabila turun menentang Liverpool di Anfield yang bakal dibanjiri oleh para penyokong setia mereka.

Musim lalu, City berjaya menewaskan Liverpool 4-1 di Anfield ketika beraksi dalam stadium kosong tanpa penonton ekoran pandemik Covid-19, namun suasana kali ini pasti berbeza.

“Ia bukan mengenai takut ataupun gentar. Ia adalah tentang kualiti yang dimiliki oleh pasukan yang perlu anda hadapi. Apabila anda tidak menang, ia adalah kerana pasukan lawan memiliki kualiti dan bagus.

“Kami tetap akan cuba memenangi perlawanan ini sama ada bersama atau tanpa penonton. Musim lalu kami berjaya menewaskan mereka di tempat mereka sendiri.

“Saya sangat gembira Anfield akan dipenuhi penyokong dan kami akan ke sana untuk memberikan aksi yang terbaik. Saya fikir para pemain juga lebih gemar jika aksi mereka disaksikan oleh puluhan ribu penonton,” ­jelasnya.

Dalam pada itu, Guardiola mahu para pemainnya me­ngulangi aksi yang dipamerkan dalam dua perlawanan terdahulu bertemu Liverpool malam ini.

Menurutnya, persembahan yang dipamerkan oleh para pemainnya ketika meraih kemenangan ke atas Chelsea 1-0 begitu memukau selain turut berpuas hati biarpun mereka tewas 0-2 kepada Paris Saint-Germain pada saingan Liga Juara-Juara.

“Cara kami bermain dalam dua perlawanan lalu membuatkan saya rasa sangat berpuas hati terutama disiplin dan ke­sungguhan yang ditunjukkan oleh pemain.

“Ketika kami berdepan masalah kecederaan termasuk Phil Foden dan Kevin De Bruyne yang baharu menyertai pasukan untuk tempoh baharu dua minggu, persembahan yang kami berikan masih boleh diterima,” kata Guardiola. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI