fbpx

Bapa dakwa pusat autistik seret anak atas lantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang mengalami lebam pada muka selepas didakwa dicederakan di pusat berkenaan.

PETALING JAYA- Sebuah pusat intervensi di Ampang, Selangor didakwa mencederakan seorang kanak-kanak autistik hingga menyebabkan mangsa mengalami lebam di beberapa bahagian muka serta anggota badannya.

Menerusi pendedahan yang dilakukan bapa mangsa di laman Facebooknya hari ini, pusat berkenaan juga dilaporkan tidak mempunyai lesen sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain guru-guru tidak mempunyai kelayakan mengajar anak autistik.

Menurut Tengku Aminuddin Shafiq, kejadian menimpa anaknya, Tengku Noah berlaku pada 1 Oktober lalu ketika anaknya berada di bawah jagaan pusat berkenaan.

“Anak saya, Tengku Noah merupakan seorang kanak-kanak autistik dan kami menghantarnya ke pusat berkenaan berdasarkan keupayaan dan kemahiran mereka mengendalikan anak-anak istimewa itu.

“Baru-baru ini, saya melihat kesan lebam pada muka dan badan anak saya tetapi saya masih bersangka baik dengan menyifatkannya sifat aktif Noah,” tulisnya.

Katanya, selepas mengambil anaknya pulang dari pusat itu, dia turut melihat kesan lebam di bahagian belakang tubuh.

“Berdasarkan video yang diterima, anak saya jelas takut dengan guru yang juga pengetua pusat itu, malah saya tidak melihat di mana-mana klip televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan anak saya bertindak kasar.

“Saya tidak rasa, tindakan mereka mengheret anak saya di lantai dan mencederakan dia sebagai tindakan wajar kerana kesalahan dia hanya tidak mahu makan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Tengku Aminuddin menjelaskan kes tersebut telah dipanjangkan kepada pihak polis dan pemeriksaan kesihatan di hospital turut dijalankan. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI