SEJAK menamatkan zaman bujang, nama hero Malaya seorang ini, Remy Ishak, memang tak sunyi daripada diperkatakan peminat. Kalau dahulu dia cukup menjaga privasi, sekarang kalau nak tahu pasal Remy boleh tengok Instagram isterinya.
Terbaharu, menerusi perkongsian Ezza Yusof dengan aktiviti mandi sungai selepas mendaki bukit baru-baru ini mengundang 1,001 reaksi lucu dan positif daripada netizen.
Lucunya, ada yang bergurau dengan bertanya mengapa wajah suami Ezza mirip betul dengan Remy Ishak.
“Awak, muka suami awak sebiji macam Remy Ishaklah!. Kirim salam ya!,” komen seorang netizen dalam hantaran Instagram Ezza.
Sementara itu, ada juga netizen yang mendoakan jodoh Remy dengan Ezza berpanjangan dan memujinya bersederhana dalam memilih pasangan hidup.
“Alhamdulillah, manisnya Remy dengan isteri, suka tengok. Indahnya bila kita bersederhana dalam memilih,” puji seorang lagi pengguna Instagram.
Memang ramai yang suka dengan pasangan ini kerana bagi mereka, Remy dan Ezza sangat merendah diri dan tidak suka menayangkan kebahagiaan secara berlebih-lebihan.
DIVA: Lucu pula dengan kerenah Rita Rudaini mempersoalkan diskriminasi apabila sekali lagi nama digugurkan dalam produksi sebab tidak divaksin. Kena buat ujian calitan pun komplen!