fbpx

Anak genap 2 tahun, Elfira Loy kenang 10 jam bertarung nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELFIRA LOY bersama suami dan anak mereka, Rayyan.

PETALING JAYA – Pelakon Elfira Loy mengimbau kenangan sewaktu melahirkan anak sulungnya, Muhamad Rayyan Khalaf apabila memberitahu dia terpaksa bertarung nyawa selama 10 jam untuk melahirkan putera kesayangannya itu.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Elfira atau nama lengkapnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, mengimbau kenangan manis itu sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang kedua tahun.

“Dua tahun lalu, mommy bertarung nyawa 10 jam dalam bilik bersalin nak tunggu Ryyan keluar. Selamat hari jadi bayi lelaki kesayangan saya, Muhamad Rayyan Khalaf,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon yang pernah membintangi drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang itu turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang anak yang sangat baik dan tidak banyak karenah.

“Seindah nama, anak yang sangat baik,” ujar Elfira.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai termasuk kenalan artis turut menitipkan ucapan dan mendoakan agar Rayyan menjadi seorang anak yang soleh dan membanggakan kedua ibu-bapa kelak.

“Selama hari jadi si kacak. Semoga membesar, berjaya dunia dan akhirat,” komen pelakon Sari Yanti.

Terdahulu, Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga bersama suami, Faris Khairul Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhamad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI