fbpx

47,000 pelajar kembali ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi (tengah) beramah mesra dengan pelajar tingkatan lima SM Sains Dungun di sini hari ini.

DUNGUN – Seramai 47,000 pelajar dan murid Terengganu, Kelantan dan Langkawi, Kedah kembali menghadiri pembelajaran di sekolah mulai hari ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ia merangkumi separuh daripada pelajar tingkatan enam semester dua dan lima, berkeperluan khas dan murid prasekolah di sekolah negeri-negeri kumpulan A terbabit.

Beliau berkata, walaupun Kedah masih berada pada fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN), Langkawi yang terlibat dalam program gelembung pelancongan pula mengikut prosedur operasi standar (SOP) fasa empat PPN.

“Alhamdulillah, secara keseluruhannya kita lihat sekolah dapat beroperasi dengan baik mengikut tatacara dan garis panduan ditetapkan.

“Pelajar dan murid dilihat cukup bersemangat untuk kembali ke sekolah bertemu dengan rakan-rakan dan guru mereka secara bersemuka,” katanya ketika meninjau hari pertama sesi pengajaran secara bersemuka di Sekolah Menengah Sains Dungun di sini hari ini.

Radzi berkata, pemantauan beliau di beberapa sekolah di daerah ini, Kuala Terengganu dan Marang mendapati prosedur operasi standard (SOP) pembukaan semula sekolah telah dipatuhi sebaiknya.

Jelas beliau, elemen ditekankan seperti pengudaraan di dalam kelas didapati berada pdaa tahap optimum selain semua pelajar dan guru didapati memakai pelitup muka.

“Jadual penggiliran pelajar yang memasuki kelas juga didapati berjalan lancar. Buat masa ini, hanya separuh pelajar hadir ke kelas untuk belajar secara bersemuka manakala separuh lagi menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR),”katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI