fbpx

1.4 tan daun ketum ditemui sehingga dalam tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Daun ketum yang dibungkus dengan plastik lut sinar berselerakan di dalam sebuah rumah sewa di Kampung Kolam, Padang Besar pada kelmarin.

PADANG BESAR – Polis merampas sebanyak 1.4 tan daun ketum dalam keadaan berselerakan di hampir keseluruhan ruang termasuk tandas sebuah rumah sewa di Kampung Kolam dekat sini kelmarin.

Rampasan daun ketum dianggarkan bernilai RM42,000 itu dibuat selepas sepasukan polis menyerbu rumah tersebut hasil risikan dan maklumat orang awam kira-kira pukul 10 malam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Saifudin Aslin Abbas memberitahu, pihaknya sebelum serbuan membuat pemerhatian selama sejam tetapi tiada individu yang datang ke rumah berkenaan.

“Pada kira-kira pukul 10 malam, kita menghubungi pemilik rumah untuk hadir dan seterusnya merampas daun-daun disyaki ketum,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemilik rumah terbabit memaklumkan urusan sewa rumah berkenaan diuruskan oleh adiknya dan dia tidak mengetahui tentang longgokan daun ketum itu. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI