fbpx

Ular sawa 70 kg kenyang telan kambing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menangkap seekor ular sawa seberat 70kg yang menelan kambing di Behrang Stesen semalam.

TANJUNG MALIM -Seekor ular sawa seberat 70 kilogram (kg) ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) setelah kekenyangan menelan seekor kambing di Jalan Besar, Behrang Stesen di sini semalam.

Reptilia itu ditemui oleh salah seorang pekerja kandang kambing berusia 39 tahun ketika beliau sedang membersihkan kandang tersebut.

Pegawai APM Daerah Mualim, Kapten (PA) Shahrizal Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian itu pada pukul 2.30 petang lalu bergegas ke lokasi.

Katanya, seramai empat anggota APM dikerahkan ke tempat kejadian bagi menangkap ular sawa berkenaan yang sedang berlingkar di kandang kambing.

“Ular sawa terbabit baharu sahaja menelan seekor kambing di kandang tersebut dan berjaya ditangkap 10 minit selepas itu menggunakan peralatan khas. Reptilia berkenaan tidak melawan ketika ditangkap kerana kekenyangan,” katanya ketika dihubungi.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI