fbpx

Sudah tapau ayam penyet, malam ini tapau bento pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menghadiahkan mata pertama negara semalam.

PETALING JAYA – Legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei menyifatkan kemenangan sulung pasukan Malaysia menewaskan Indonesia di pentas Piala Sudirman semalam sangat membanggakan biarpun ranking setiap pihak lawan adalah lebih tinggi.

“Berdebar dan basah ketiak Chong Wei menonton. Lee Zii Jia, Soh Wooi Aik dan Aaron Chia memang power (bertenaga). Tidak terkejar minions (Kevin Sanjaya Sukamuljo dan Marcus Fernaldi Gideon) melawan beregu kita.

“Zii Jia pula tidak bagi peluang langsung kepada Anthony Sinisuka Ginting yang belum pernah kalah kepada Zii Jia sebelum ini. Syabas.

“S. Kisona pula hampir menewaskan Mariska walaupun Mariska berada di 30 posisi atas Kisona dalam ranking. Selamat Hari Lahir Kisona. Satu Malaysia meraikan anda,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Bekas ketua pasukan Piala Sudirman negara dari 2009 hingga 2017 itu turut percaya pasangan beregu Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan mampu melangkah jauh dan memuji semangat juang mereka biarpun berentap dengan jaguh Sukan Olimpik.

“Pearly dan Thinaah hampir hampir ‘tapau’ bergu emas Indonesia. Chong Wei suka tengok mereka yang selalu senyum dan berkomunikasi di atas gelanggang.

“Akhir sekali Cheah Yee See dan Hoo Pang Ron lawan beregu campuran ranking nombor empat dunia. Ramai tidak kenal beregu campuran Malaysia ini. Tapi mereka menunjukkan Malaysia tidak lemah dan akan kalah sewenang wenangnya.

“Bagai dirasuk harimau Malaya dua pemain muda ini menghadiahkan kemenangan ajaib untuk negara tersayang. Tahniah pasukan. Rehatlah. Sudah tapau ayam penyet, malam ini kita ‘kasi’ tapau Bento,” ujarnya.

Terdahulu, skuad negara mencipta kejutan apabila mara ke separuh akhir pada kejohanan Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland selepas menewaskan Indonesia 3-2 awal pagi tadi.

Kejayaan ini merupakan pencapaian kedua Malaysia mara ke separuh akhir dalam kejohanan berprestij itu selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2009 yang berlangsung di Guangzhou, China. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI