fbpx

Suami ahli politik didakwa belasah anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kecederaan di kepala mangsa akibat perbuatan suspek sehingga terpaksa menerima rawatan di Hospital Melaka.

JASIN – Seorang pensyarah wa­nita cedera selepas dipukul bapa tirinya yang juga suami kepada ahli politik bergelar Datuk dalam kejadian pertelingkahan dipercayai membabitkan harta pusaka di sebuah rumah di Merlimau di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.15 malam, 25 September lalu itu, mangsa yang berusia 44 tahun cedera di kepala dan mendapatkan rawatan di Hospital Melaka dekat sini.

Ketua Polis Daerah Jasin, Depu­ti Superintendan Mispani Hamdan berkata, kejadian dikatakan berlaku selepas suspek yang berusia 29 tahun tiba-tiba berang ketika mangsa dan ahli keluarga­nya berbincang mengenai harta peninggalan arwah abangnya.

Menurut beliau, suspek mendakwa, mangsa, ibu saudara dan sepupu wanita itu memfitnahnya sebelum memukul kepala anak tirinya itu dengan menggunakan buku.

“Pada awalnya berlaku kejadian tolak-menolak sebelum suspek memukul kepala mang­sa dengan menggunakan buku yang dipegangnya.

“Mangsa cuba menepis dan menolak tangan suspek (bapa tiri­nya), namun lelaki itu te­rus memukul kepala mangsa beberapa kali,” katanya ketika dihubu­ngi ­semalam.

Mispani memberitahu, ibu mangsa yang juga ahli politik berusia 63 tahun cuba membawa suaminya keluar dengan memberi alasan dia sesak nafas.

“Pasangan itu kemudian ke­luar menuju ke kereta dan mangsa pula sempat menelefon suami­nya memaklumkan dia dipukul.

“Suspek men­dakwa dia meng­hubungi beberapa kenalannya dan tidak takut dengan suami mangsa,” katanya.

Ujar beliau lagi, suspek kemudian memukul kepala mangsa mengguna kunci ketika wanita itu cuba mengambil selipar untuk membaling ke arahnya.

Susulan kejadian itu mangsa yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Melaka sebelum membuat laporan polis.

Jelas beliau, bertindak atas maklumat, polis kemudian memberkas suspek pada Rabu lalu bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Suspek dikatakan mendirikan rumah tangga dengan ibu mang­sa yang kematian suami pada tahun lalu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI