fbpx

‘Sisa’ yang dibuang adalah anak ikan – JAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO tular tiga individu yang didakwa membuang sisa ke dalam Sungai Kinta di Jalan Sultan Iskandar di Ipoh.-FOTO/MEDIA SOSIAL

IPOH – Video tular mendakwa sekumpulan individu membuang bahan tidak diketahui dipercayai sisa-sisa ‘pencemaran’ ke dalam Sungai Kinta adalah tidak benar.

Sebaliknya, bahan yang dilepaskan itu adalah anak ikan yang merupakan upacara keagamaan bagi kaum Cina.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Rosli Zul berkata, pihaknya telah mengenal pasti individu terlibat berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang dipaparkan dalam video tular itu.

“Pegawai JAS telah pergi ke rumah mereka menjalankan siasatan dan hasil siasatan, apa yang berlaku adalah aktiviti melepaskan anak ikan sebagai upacara keagamaan orang Cina yang memang dilakukan setiap tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 44 saat itu memaparkan sekumpulan tiga individu didapati membuang sesuatu seperti cecair dari enam tong plastik berwarna biru sebelum beredar menaiki sebuah kereta yang diletakkan di tebing Sungai Kinta di Jalan Sultan Iskandar di sini.

Video yang dikongsi pelayar laman sosial Facebook dan Twitter itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuk mengecam tindakan yang dikatakan tidak bertanggungjawab.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI