PUTRAJAYA – Dua hari berturut-turut Sarawak merekodkan angka kematian tertinggi dengan 25 kes daripada 121 kes kematian Covid-19, demikian data pada laman web CovidNow.
Menurut maklumat yang dikemas kini pukul 11.59 malam tadi, daripada jumlah kes kematian Covid-19 yang dilaporkan, sebanyak 83 kes kematian sebenar bagi purata tempoh tujuh hari.
“Ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 di seluruh negara adalah sebanyak 26,456 kes.
“Terdapat 28 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID), menjadikan kes BID mencecah 5,307 kes,” berdasarkan paparan pada laman web tersebut di sini hari ini.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929