fbpx

Polis siasat bunga api, pendawaian punca kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohammad Zaidi Wan Isa (dua dari kiri) bersama Abd. Rahim Muda (kanan, depan) dan Mohd Zulkifli Hashim (kiri) meninjau kesan kebakaran di Kampung Baru Karak di Bentong hari ini.

BENTONG – Siasatan menyeluruh akan dilakukan termasuk dakwaan ada rumah menyimpan stok bunga api dan pendawaian dalam mengenal pasti punca kebakaran di Kampung Baru Karak di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ir. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, siasatan sedang giat dilakukan dari segenap aspek termasuk menggunakan khidmat unit anjing pengesan (K9) JBPM.

“Buat masa ini siasatan hampir menjurus kepada satu kedai gunting yang tidak diduduki, kita tidak tahu lagi punca di mana tetapi masih dalam siasatan.

“Kita juga mendapatkan bantuan unit K9 dari Kuala Lumpur untuk menguatkan lagi penemuan tersebut,”katanya selepas melakukan tinjuan di lokasi kejadian di Kampung Baru Karak di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Abd. Rahim Muda; Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd. Zulkifli Hashim dan Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar.

Menurut beliau, faktor rumah yang rapat serta bangunan kayu menyebabkan api marak dengan cepat selain masalah tekanan air rendah yang menyebabkan api sukar dikawal.

Sementara itu Abd. Rahim berkata, pihaknya memandang serius masalah tekanan air rendah yang menyukarkan pemadaman api serta masalah pendawaian elektrik di bangunan lama yang boleh menyebabkan kebakaran.

Justeru beliau berharap perkara itu diberi perhatian oleh pihak terbabit khususnya masalah tekanan air rendah yang menyebabkan tugas bomba tergendala dan api merebak dengan cepat.

“Saya meminta pejabat tanah, majlis perbandaran dan bomba mengenal pasti kawasan yang selalu berlaku tekanan air rendah, selain itu Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) sendiri memastikan melakukan pemeriksaan berkala dan lebih kerap,”ujarnya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI