BUKIT KAYU HITAM – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas barangan seludup termasuk 15 tan daun ketum dengan nilai keseluruhan lebih RM2 juta dalam masa sebulan sejak 1 September lalu.
Rampasan itu dilakukan menerusi Operasi Benteng Covid Darat di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini dan Perlis.
Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, Superintendan Ramli Wan Salin berkata, rampasan daun ketum banyak dilakukan di sekitar Chuping dan Padang Besardengan jumlah rampasan dianggarkan bernilai RM448,290.
“Taktik yang dilakukan sindiket ini masih sama iaitu meletakkan guni daun ketum di kawasan semak dan meninggalkannya sebelum diambil sindiket lain untuk dibawa ke sempadan negara jiran.
“Pihak kami sentiasa memantau dan membuat rondaan berikutan sindiket ini akan mengambil peluang jika pihak kami lalai,” katanya pada Majlis Serah Terima Tugas daripada Batalion 18 kepada PGA Batalion 1 Ulu Kinta di Markas Taktikal PGA Briged Utara di sini hari ini
Kata beliau, seramai enam suspek telah ditahan kerana terlibat dengan sindiket penyeludupan ketum dengan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929