fbpx

Pasar raya Lotus Ipoh ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasar raya Lotus (Tecso) Ipoh. Gambar hiasan

IPOH – Pasar raya Lotus Ipoh (dulunya Tesco) di Bercham dekat sini ditutup buat sementara bermula hari ini untuk kerja-kerja disinfeksi berikutan terdapat kes positif Covid-19.

Pengurusan Lotus Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, prosedur disinfeksi dan sanitasi menyeluruh akan dijalankan setelah mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut kenyataan itu, arahan penutupan berkenaan susulan terdapat beberapa kakitangan pasar raya yang disahkan positif Covid-19.

“Kami juga bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk memastikan semua langkah yang berkenaan diambil dan akan menjalani proses pembasmian kuman.

“Ini bagi memastikan kebersihan dan keselamatan pelanggan serta rakan-rakan sekerja kami. Pembukaan semula pasar raya Lotus Ipoh akan dimaklumkan sehingga diberitahu kelak. ,” ujar kenyataan tersebut.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI