fbpx

LKIM perkenal jualan ikan segar, beku atas talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed Abu Hussin Hafiz (kiri) menyampai bantuan input tanaman kontan kepada PNK Sungai Tinggi di Kampung Permatang Raja, Bukit Gantang pagi tadi.

BUKIT GANTANG – Satu platform jualan ikan segar dan sejuk beku secara atas talian akan dilaksanakan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mulai tahun depan dalam usaha menangani monopoli orang tengah.

Usaha itu akan dijayakan bersama Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) yang punya kemampuan untuk melaksanakan pengedaran ikan segar.

Pengerusi LKIM, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, jualan secara atas talian akan membantu meningkatkan pendapatan nelayan dengan menjual terus kepada pengguna.

“Permintaan terhadap ikan segar dan sejuk beku meningkat, terutamanya pengguna di kawasan bandar.

“Kita mempunyai 87 PNK yang boleh melaksanakan jualan ikan segar menerusi kaedah ini,” katanya pada Program Penyerahan Bantuan Input Tanaman Kontan kepada PNK Sungai Tinggi di Kampung Permatang Raja dekat sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI