fbpx

Lari tinggalkan baju bundle seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kotak yang mengandungi baju bundle di dalam sebuah kereta dirampas dalam serbuan di pangkalan haram Kebun, Pengkalan Kubor, Tumpat hari ini. FOTO IHSAN PGA

TUMPAT – Seorang lelaki bertindak nekad dengan meninggalkan 697 helai baju terpakai atau bundle yang diseludup selepas kegiatannya itu diketahui Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di pangkalan haram Kebun, Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, pihaknya menjalankan serbuan pada pukul 9 pagi selepas mendapati seorang lelaki sedang memunggah kotak-kotak ke dalam sebuah kereta jenis Proton Wira.

Menurutnya, menyedari kehadiran anggota PGA, lelaki tersebut telah bertindak memecut laju kereta tersebut untuk melarikan diri.

“Bagaimanapun, anggota PGA berjaya menahan kereta tersebut ketika ia berada di hadapan pagar pangkalan haram berkenaan.

“Suspek di dalam kereta itu berjaya meloloskan diri ke dalam kawasan semak yang berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azhari, berdasarkan pemeriksaan, nilai keseluruhan baju bundle yang dirampas dianggarkan bernilai RM52,275.

Tambahnya, kesemua barangan yang dirampas dibawa ke Markas Taktikal PGA di Kuala Jambu di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI