fbpx

Lagi 4 peratus sebelum rentas negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kadar vaksinasi negara terus menunjukkan peningkatan dengan 86.8 peratus populasi dewasa telah melengkapkan dua dos vaksin.

Menerusi perkongsian di Twitternya, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan, hanya empat peratus lagi diperlukan bagi menarik semula larangan rentas negeri

“Dengan lebih banyak kelonggaran yang diberikan, pastinya aktiviti berkumpulan akan dilakukan. Sehubungan itu, setiap rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab terhadap tindakan masing-masing.

“Mereka yang mengalami simptom perlu segera mendapat dan melakukan ujian saringan melalui kit kendiri. Sekiranya didapati positif, segera lakukan proses isolasi,” katanya hari ini di Twitter.

Susulan daripada perkongsian itu, orang ramai berasa teruja dan mengucapkan jutaan terima kasih buat Khairy Jamaluddin kerana berusaha sedaya upaya untuk memastikan perjalanan rentas negeri dibenarkan.

“Terima kasih Yb kerana sedaya upaya membenarkan kami balik ke kampung, saya harap orang ramai terus menjaga SOP dan kebersihan agar kes Covid-19 tak naik,” kata @Amirulsofi.

“Saya harap kes Covid-19 terus menurun dan kadar vaksinasi semakin meningkat, dah lama tak balik kampung nak jumpa mak ayah, terima kasih KJ sebab bantu kami nak balik kampung,” jelas @Syedshafiqq.

“Alhamdulillah, semoga kita semua terus ada rasa tanggungjawab untuk menjaga SOP dan saya harap orang ramai pergi mengambil vaksin, tolong jangan percaya apa yang antivaksin cakap tentang vaksin,” ujar @Sojakhassan.

Setakat 1 Oktober 2021, kadar lengkap vaksinasi dalam negara bagi populasi dewasa sudah mencapai 86.8 peratus manakala 94.2 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI