PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan perancangan untuk membina sekolah berhampiran sebuah tokong di Salak Selatan, Cheras sudah dilakukan sejak tahun 2017 lagi.
Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, kajian mendapati tanah rizab sekolah tersebut adalah satu-satunya lokasi yang paling strategik untuk projek pembinaan sekolah menengah baharu itu.
Beliau berkata, kebajikan dan keperluan murid-murid sentiasa menjadi keutamaan KPM dalam projek pembinaan sesebuah sekolah baharu.
“Pembinaan sekolah menengah baharu di tapak tersebut dapat memanfaatkan keluarga daripada 7,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berhampiran sekali gus menjimatkan kos pengangkutan, masa dan bebanan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Katanya, insiden yang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu telah mencetuskan polemik dan provokasi, bahkan terpesong daripada fakta sebenar. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929