fbpx

Kongsi lambakan hadiah, netizen kata Fazura beruntung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARA-GARA menerima lambakan hadiah sempena ulang tahun kelahiran baru-baru ini, ramai yang menyifatkan Fazura sebagai wanita yang sangat beruntung.

PETALING JAYA – Perkongsian longgokan hadiah yang diterima pelakon, penyanyi dan juga usahawan, Nur Fazura yang diterima ketika sambutan hari jadinya yang ke-38 pada 27 September lalu menarik perhatian netizen apabila menyifatkan selebriti itu sebagai seorang wanita beruntung.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Fazura dalam Instagram miliknya semalam, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu berkongsi timbunan hadiah yang diterimanya dari pelbagai pihak beserta ucapan syukur dan terima kasih.

“Syukur alhamdulillah Ya Allah. Terima kasih buat semua yang sangat murah hati dan penuh kasih sayang kirimkan hadiah sempena hari jadi saya.

“Ini (hadiah) bukan disebabkan faktor harga atau saiz tetapi tanda ingatan ini cukup bermakna buat saya. Daripada sebesar dan semahal bungkusan, sehinggalah seulas coklat, saya ingin mengucapkan terima kasih,” katanya terharu.

Dalam pada itu, pelakon filem Dendam Pontianak itu turut menzahirkan doa kepada individu yang telah memberikannya hadiah supaya sentiasa dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.

“Semoga Allah SWT melimpahkan kurniaan rezeki yang bertambah lagi buat semua dan semoga dilipat gandakan lagi setiap kebaikan yang saya terima dari setiap segi dan cara buat anda semua. Saya sangat sayang anda semua,” ucapnya.

Menjengah dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya dalam Instagram turut berkongsi rasa gembira dan meyifatkan Fazura sebagai seorang wanita yang bertuah kerana disayangi ramai.

“Bertuahnya jadi seorang Fazura. Alhamdulillah,” kata seorang pengikutnya.

“Orang baik ramai yang sayang,” kata seorang lagi netizen.

“Awak berhak dapat semua ini (hadiah yang banyak) kerana kebaikan hati awak. Selamat hari jadi Fazura dari peminat setia awak,” komen seorang peminatnya.

Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia 11 bulan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI