fbpx

[KEMASKINI] Kilang buat lilin, proses air terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan anggota bomba mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadamkan api kebakaran dua buah kilang di Jalan Masai Lama, Pasir Gudang, Johor malam semalam.

PASIR GUDANG – Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memadamkan api kebakaran dua buah kilang di Jalan Masai Lama, di sini malam semalam.

Komander Operasi, Ketua Zon 1, Penolong Kanan Penguasa Bomba I, Mohd. Tilmizi Mustapha berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.18 malam.

Katanya, seramai 32 pegawai dan anggota serta enam jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau dan Johor Jaya digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati dua buah kilang iaitu kilang membuat lilin dan kilang memproses air mineral telah terbakar kira-kira 80 peratus kedua-duanya.

“Anggota bomba bertindak mengawal kebakaran di kedua-dua kilang tersebut bagi memastikan api tidak terus merebak ke bangunan bersebelahan dan akhirnya kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 12.07 tengah malam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Tilmizi, kebakaran tersebut bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan terhadap mangsa dan usaha memadamkannya api masih diteruskan manakala punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI