fbpx

Institusi pendidikan di beberapa negeri dibuka Isnin ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPM akan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding Mac yang dilaksanakan sejak tahun 2022 susulan pandemik Covid-19. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Bermula Isnin ini, semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan di Kedah, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan dibuka.

Pembukaaan semua institusi itu berdasarkan ketetapan pengoperasian bagi negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

4 Oktober 2021 (Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya):-

– Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK).

– Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK).

– Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV).

– Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

– Tingkatan 6 Semester 2, International Baccalaureate Diploma (IBD) Tahun 2.

– Program Prauniversiti Semester 3 di Sekolah Sukan Sukan Malaysia.

– Murid peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level Australia Higher School Certificate dan IBDP).

10 Oktober 2021 (Kedah)

– Murid kelas Tingkatan 6 Semester 2.

– Kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-LEVEL).

17 Oktober 2021 (Kedah)

– Kolej Vokasional.

18 Oktober 2021 (Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya):-

– Prasekolah

– Kelas peperiksaan awam sekolah asrama.

– Kelas peperiksaan awam sekolah harian.

– Kelas peperiksaan awam sekolah swasta.

– IBD.

– Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia.

– Kelas peperiksaan antarabangsa.

“Susulan pengumuman Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berhubung peralihan Zon Selatan negeri Sarawak ke Fasa 3 berkuat kuasa 1 Oktober 2021, pembukaan institusi pendidikan bagi zon ini kekal pada 4 Oktober 2021 berdasarkan ketetapan pengoperasian bagi negeri Fasa 2 PPN.

“Manakala pengoperasian institusi pendidikan di Zon Selatan negeri Sarawak berdasarkan ketetapan negeri Fasa 3 PPN hanya akan bermula pada 18 Oktober 2021,” katanya. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI