fbpx

Hujan lebat, ribut petir di empat negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di empat buah negeri dijangka dilanda ribut petir berserta hujan lebat sehingga pukul 10 pagi nanti.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataannya berkata, kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat di negeri Johor adalah Muar, Batu Pahat, Mersing, dan Kota Tinggi.

“Ribut petir dan hujan lebat turut diramal berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).

“Keadaan sama juga dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Kuala Penyu) dan Pantai Barat serta seluruh Wilayah Persekutuan Labuan,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI