fbpx

Hikmah nikah, Zizi temui ayah yang 33 tahun terpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIZI KIRANA dan Yusuf Baharin,

PETALING JAYA – Pertemuan dan perpisahan adalah takdir yang tidak boleh disangkal.  Siapa sangka setelah lebih 30 tahun terpisah dan tidak pernah berhubung, penyanyi Zizi Kirana akhirnya  kembali bertemu dengan bapa kandungnya asbab daripada pernikahan penyanyi dengan pelakon Yusuf Baharin pada 19 September lalu.

Menurut penyanyi yang terkenal dengan lagu Eh! itu, kali terakhir dia merasai belaian kasih seorang ayah ialah ketika berusia tiga tahun. Sebaik ibu bapanya bercerai dan membawa haluan sendiri, hanya baru-baru ini sahaja Zizi berusaha menjejaki lelaki berkenaan untuk menyempurnakan urusan perkahwinannya.

Kata pemilik nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, proses ke arah bergelar isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin  nyata membawa peristiwa manis dalam kehidupannya apabila berpeluang menemui walinya selepas sekian lama terpisah. Bukan sahaja menemui cinta sejati, dia bahkan kembali melihat dapat melihat senyuman seorang ayah dalam hidupnya,.

“Kali terakhir saya bersama dengan ayah adalah ketika berusia tiga tahun dan kemudian kami tidak lagi bertemu setelah ibu bapa saya mengambil keputusan untuk berpisah.

“Apabila saya dan Yusuf sepakat mahu melangsungkan perkahwinan, saya kembali berusaha mencari ayah dengan melakukan pelbagai cara seperti dicadangkan pihak berkaitan.

“Antaranya adalah melaksanakan hebahan mengenai dirinya menerusi akhbar selain melakukan carian di Instagram supaya lebih menyeluruh.

“Alhamdulillah, saya terjumpa nama adik-beradik lain dan emak yang terlebih dahulu menghubungi bapa menyatakan hasrat kami. Selepas itu, baru saya pula bercakap dengannya,” katanya.

Penyanyi berkata demikian dalam temubual menerusi IG Live kelolaan Nurflixtv bertajuk Rahsia Dia: Jodoh dan Ketentuan, baru-baru ini.

Sesi wawancara yang dikendalikan pelakon Diana Amir itu mengundang sama aktres, Faralyna Idris dan penceramah bebas, Ustazah Asni sebagai panel.

Terdahulu, pernikahan Zizi dan Yusuf, 29, berlangsung secara ringkas Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur tanpa hebahan awal kepada umum.

Pasangan yang berkenalan dalam sebuah program realiti itu hanya mengambil masa dua bulan untuk mengenali hati budi sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

Malah mereka mengakui terpaksa membuat persiapan dan menyediakan dokumen kurang daripada seminggu sebaik mendapat tarikh pernikahan.

Sementara itu, mengenai komunikasi dengan bapanya, Zizi hanya berhubung menerusi telefon ayahnya memberikan kerjasama sehingga segala urusan berjalan lancar.

Malah, wanita asal Negeri Di Bawah Bayu itu turut merancang membawa suami bertemu dengan ayahnya apabila kebenaran merentas negeri dibuka kelak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI