fbpx

Gaya natural, moden tonjol ruang lebih kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGI menjadikan sesuatu kediaman itu selari dengan konsep rumahku syurgaku, ramai pemilik kediaman sanggup berhabis wang dalam menghias indah rumah yang dihuni mereka.

Mana tidaknya, kediaman biasanya sering diumpamakan sebagai cermin diri bagi individu. Tidak kiralah sama ada besar atau kecil sesebuah kediaman, ia perlu dihias kemas dan bersih untuk keselesaan seisi keluarga.

Mengambil pandang mahligai yang dihuni bersama suami tercinta, Hajar Ahmad Bustaman, 34, yang merupakan tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Kedah mengatur hias kediaman tersebut mengikut cita rasa mereka berdua.

Bukan hanya sebagai identiti diri, bagi wanita ini, dekorasi juga mampu menambah nilai keyakinan diri individu.

Konsep mid century modern dipilih kerana Hajar sukakan dekorasi yang natural, moden dan ringkas.

Mengetengahkan konsep mid century modern pada kediaman rumah berkembar miliknya di Kedah, Hajar memilih dekorasi tersebut kerana ia begitu dekat dengan jiwanya yang sukakan gaya natural, moden dan minimalis.

“Pada mulanya saya lebih tertumpu kepada konsep minimalis, tetapi kerana ingin menambahkan seri rumah, saya memilih konsep mid century modern.

“Bagi saya, aspek utama yang diketengahkan adalah ringkas, mempunyai kelainan dan ada nilai estetika tersendiri,” katanya.

Mendiami kediaman berkeluasan kira-kira 120 meter persegi itu, keseluruhan tata hias yang dilakukan tampak begitu teliti berdasarkan
koordinasi warna dan susun atur perabot yang dilakukan.

Padanan warna kayu dan putih menjadikan ruang di dalam kediaman terutamanya dapur lebih kemas.

Menggunakan rona-rona natural seperti putih dan kayu untuk mewarnai segenap penjuru ruang, palitan warna yang menyeimbangi keseluruhan ruang itu berjaya membuatkan kediaman tersebut tampak begitu seragam dan mempunyai aura tersendiri.

Bukan sekadar dinding, perabotperabot yang menghiasi kediaman tersebut juga menggunakan rona putih dan kayu, selain berpotongan
sederhana.

Biarpun begitu, pemilik kediaman ini bagaimanapun bijak menyuai padan konsep yang diketengahkan bagi mengelakkan ruang kelihatan mendatar.

Sebagai contoh, penggunaan poko-kpokok hidup dan sedikit rona coklat yang diletakkan pada segenap penjuru kediaman.

Secara tidak langsung, selingan aksesori itu bukan sahaja berjaya menaikkan seri kediaman, tetapi juga menonjolkan lagi sisi hidup dan segar ruang tersebut.

Rona hijau pada pokokpokok hidup diletakkan bagi mewujudkan suasana segar.

“Warna-warna yang digunakan merupakan warna kegemaran saya.

“Bagi saya kesemua warna ini mampu membuatkan kediaman kelihatan lebih luas dan tenang.

“Bagaimanapun, saya turut menambah warna hijau semula jadi daripada pokok-pokok hidup untuk memberikan kesegaran dalam kediaman ini,” tambahnya.

Kongsinya lagi, dia mengambil masa selama setahun untuk menghias kediaman tersebut kerana dilakukan secara berperingkat, selain beberapa bahagian ditukang sendiri oleh suaminya.

“Selain minat, inspirasi dekorasi juga datang daripada hasil bahan bacaan di internet seperti Pinterest.

“Ia juga merupakan hasil dorongan dan didikan ibu bapa yang begitu menitikberatkan kekemasan serta kebersihan rumah sejak kecil,” tuturnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI