JIKA sudah memiliki suara yang sedap, menyanyilah dalam gaya macam mana sekalipun, pasti tetap merdu didengar.
Begitulah yang situasi yang dilakukan aktres cantik Fatin Afeefa apabila aksinya menyanyi dalam pelbagai aksi dipuji ramai.
Semuanya gara-gara video yang dimuat naiknya dalam Instagram baru-baru ini apabila dia menyanyi dalam keadaan baring, duduk dan meniarap.
Antara lagu yang dinyanyikan ialah Wajah Kekasih oleh Siti Nurhaliza dan Saat Hilang Cintamu (Siti Sarah).
Rata-rata pengikut Instagramnya memuji suara Fatin kerana masih merdu meskipun menyanyi dalam keadaan baring.
“Baring dan meniarap pun suara sedap, belum berdiri lagi,” puji seorang netizen.
“Kalau sudah berbakat, buatlah apa pun tetap akan menjadi,” komen pengguna Instagram.
Lucunya, Fatin turut berseloroh membalas komen dengan menyatakan dia akan menyanyi dalam keadaan baring di atas meja makan selepas ini.
Selain itu, ramai mahu Fatin segera merakam dan melancarkan sebuah single kerana berpendapat agar tidak mensia-siakan bakat nyanyian yang dimiliki.