fbpx

Everton enggan dibuai rasa selesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOUCOURE (kiri) mengakui aksi menentang United memberikan Everton kesukaran, namun kemenangan ke atas Norwich minggu lalu memberikan mereka motivasi. – AFP

LONDON – Pemain tengah Everton, Abdoulaye Doucoure me­nuntut rakan sepasukannya tidak terus dibuai mimpi dan selesa dengan keputusan yang diperoleh sebaliknya terus be­kerja keras ketika berdepan Manchester United malam ini.

Selepas enam perlawanan, skuad kendalian Rafa Benitez kini menduduki tangga kelima saingan Liga Perdana England (EPL) dengan 13 mata dan hanya ketinggalan satu mata dengan Liverpool yang berada di puncak liga.

Justeru, Doucoure berharap skuad The Toffees terus mencatat kemenangan meskipun terpaksa menempuh dua perlawanan mencabar ketika berdepan United dan juga West Ham.

“Bagi saya, ia adalah permulaan yang baik bagi pasukan selepas berada di tangga kelima terbaik. Bagaimanapun, minggu ini kami berdepan tugas sukar apabila akan berdepan United.

“Apa pun kemenangan 2-0 ke atas Norwich minggu lalu memberi semangat tambahan kepada kami dan perbaiki kesilapan sebelum ini.

“Apa yang saya lihat, kami bermain dengan baik sebagai satu pasukan ketika menewaskan Norwich. Perkara paling penting adalah kami berjaya meraih tiga mata penuh.

“Pasukan tak boleh lalai de­ngan keputusan ini kerana ia baru peringkat permulaan dan kami harus bekerja keras untuk mendapatkan hasil terbaik pada setiap perlawanan,” katanya.

Satu-satunya kekalahan Everton dalam saingan EPL adalah ketika tewas 0-3 terhadap Aston Villa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI